Tuesday, April 13

Gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Rawatan Untuk Pesakit Gout Dan Diabetis



Pesakit ini menghidap Gout Kritikal dan Diabetis melitius 17.5mmol/l.Menerima rawatan pada 22/02/2010



Pada 12/03/2010 reading telah turun kepa8.8mmol/l.Mengikut rekot terbaru readingnya semakin turun dan kini hanya 5.9mmol/l negatif diabetis.Luka dibahagian kakinya sudah beransur sembuh dan daging muta tumbuh

8/04/2010 Rawatan untuk membuang darah kotor serta toksik telah dilakukan dengan menggunakan kaedah bekam lintah sebanyak 12 ekor.


Sehingga kini pesakit ini masih di dalam rawatan serta semakin beransur sembuh.

Thursday, April 1


Penerangan y jelas diberikan kepada para pelanggan tentang simptom2, dan kesan2 sesuatu penyakit.

Selain itu, penerangan mengenai rawatan y disediakan juga diberikan kpd pelanggan sebelum memulakan sesuatu rawatan jika dikehendaki.