Tuesday, November 23

Kalenjar Tiroid


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:

  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Monday, November 8




bersama anak yang ke-6..
dihadapan Ma'had Tahfiz as-Solihin Bagan Nira, Sabak Bernam.
semoga anakku menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat kepada ALLAH swt dan Rasul-Nya..
amen..

Monday, October 25

SAKA

Pesakit ini berusia 92 tahun .Menderita sakit saka selama lebih kurang 2 tahun sehingga mengakibatkan lumpuh.Setelah dirawat mandi 9 pesakit ini telah mampu berjalan semula tanpa bantuan dr orang lain.

setelah rawatan pesakit telah boleh berjalan




PESAKIT KEMBALI PULIH SELEPAS SEMINGGU RAWATAN.

Friday, October 15

Kesan sesi rawatan yang sempurna

Antara penyakit yang dihidapi salah seorang pesakit kami:

1. Darah tinggi.
2. Kolestrol.
3. Kencing manis.
4. Gout.

Sebelum sesi rawatan:






Selepas proses rawatan:









Tuesday, April 13

Gout

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Rawatan Untuk Pesakit Gout Dan Diabetis



Pesakit ini menghidap Gout Kritikal dan Diabetis melitius 17.5mmol/l.Menerima rawatan pada 22/02/2010



Pada 12/03/2010 reading telah turun kepa8.8mmol/l.Mengikut rekot terbaru readingnya semakin turun dan kini hanya 5.9mmol/l negatif diabetis.Luka dibahagian kakinya sudah beransur sembuh dan daging muta tumbuh

8/04/2010 Rawatan untuk membuang darah kotor serta toksik telah dilakukan dengan menggunakan kaedah bekam lintah sebanyak 12 ekor.


Sehingga kini pesakit ini masih di dalam rawatan serta semakin beransur sembuh.

Thursday, April 1


Penerangan y jelas diberikan kepada para pelanggan tentang simptom2, dan kesan2 sesuatu penyakit.

Selain itu, penerangan mengenai rawatan y disediakan juga diberikan kpd pelanggan sebelum memulakan sesuatu rawatan jika dikehendaki.

Tuesday, March 23

Thyroid

Apakah hipertiroid?

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroidism?

Penyakit Grave's – Grave's ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini. Ia disebabkan faktor keturunan.
Badan pesakit yang mengalami hipertirodism selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.



salah seorang pesakit thyroid yang sedang menjalani rawatan.Rawatan ini bermula 14-02-2010.Langkah pertama pesakit akan diberi minum air kelapa muda yang telah didoakan.


Bahagian leher yang bengkak disapukan dengan herba yang telah dibancuh disapu setiap malam sebelum tidur.Selain itu pesakit dibekalkan herba untuk dimakan setiap pagi dan malam.


Setelah 3 minggu dengan izin Allah S.W.T pesakit telah kembali normal dan sihat seperti biasa.

Pemeriksaan percuma diberikan kepada sesiapa yang mengunjungi booth kami untuk menngetahui tahap BMI masing2.. dan caj sebanyak rm5 sahaja dikenakan untuk membuat pemeriksaan yang lain seperti menguji tahap glukosa dalam darah (diabetes), tahap tekanan dalam darah (hypertension) dan lain2 lg..

Selain membuat pemeriksaan kesihatan, kami juga memberi rawatan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit.. Alhamdulillah dengan izinNYA ramai pesakit2 y telah dapat pulih dan kembali sihat dengan mengikuti rawatan yang disediakan dari kami.